Sunday, 12 March 2017
Thursday, 2 March 2017
Faham MAKNA Bacaan Dalam SOLAT ❤💕💖
Assalamualaikum kekawan ..
Salam jumaat yang barakah.. semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya
Boleh print dan baca sama anak2 .. tentu mereka suka sebab animasi bergambar kartun serta berwarna warni.. memudahkan mereka memahami dan menghafalnya kan kekawan.
HAI MELAYU - A. SAMAD SAID
A. Samad Said : TAJUK SAJAK...HAI MELAYU..
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa, orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat harapkan tulisan,
jawi pun mereka hambat, harapkan tanah,
banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang, siapa tegur,
dituduh lancang duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....
Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka
Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu, engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama,
bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara,
berjasa dan berkuasa...
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa, orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat harapkan tulisan,
jawi pun mereka hambat, harapkan tanah,
banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang, siapa tegur,
dituduh lancang duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....
Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka
Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu, engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama,
bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara,
berjasa dan berkuasa...
Friday, 24 February 2017
Thursday, 23 February 2017
Tuesday, 21 February 2017
Doa Perlindungan
Mari kita sama- sama amalkan malang tak berbau
Bismillahi tawakkaltu ‘alallah laa hawla wa laak quwwata illa billah
(Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Nya).
`Bismillahil-ladhi la yadurru ma`as-mihi shai'un fil-ardi wa la fis-sama'i, wa Huwas-Sami`ul-`Alim
(Dengan nama Allah Yang dengan Nama terdapat perlindungan terhadap setiap jenis bahaya di bumi dan di langit, dan Dia lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), '
Monday, 20 February 2017
Petua kepada yang sakit lutut macam ai.
Bila dah meningkat usia, macam-macam penyakit datang. Lumrah tu kan, dah sekian lama sihat, tibalah masa sakit. Dah sekian lama muda, akan datang masa tua, dah tua makin kerepot pulak tu, dah tu sakit lututlah, sakit betislah, sakit pingganglah, pendek kata macam rojaklah, longgar lohe sana-sini. So...yang muda dan cantik tu, jangan sombong, jangan ingat ekau tu manjang mudo yo, akan sampai masa ekau pun tuo cam den.
Den ni kalau naik tangga memang dah terasa sakit lutut, ada bunyi lagi tu, berderup-derup kau. Ada orang kata rajin-rajin makan sup kaki ayam, cam mak mentuo den suka bona makan sup kaki ayam, tapi den minta mahapla, tak lalu..
Ada dapat satu petua dari sorang ustaz dalam rancangan tanyalah ustaz tv9. Baca ayat dari surah As- syuara.
واذا بطشتم بطشتم جبارين.
Baca tiga kali sambil gosok-gosok tempat yang sakit, lepas tu tepuk-tepuk 3 kali. Kalau sakit lutut buat kat lutut, sakit kat pinggang, sakit kat betis, sama je caranya.
Amalkan dengan yakin, in shaa Allah,...sambil tu kalo ada bajet lebih boleh gak ambil apa-apa supplement cam shaklee kolegen powder ke,...apa? Takde bajet? Kot takdo amalkan jelah ayat kat atas tu.
Aku juga bakal tua seperti ini. Moga hari tuaku tidak sampai menyusahkan sesiapa.....
Subscribe to:
Posts (Atom)





































