Monday, 20 February 2017

AYAH BOLEHAH AKU PINJAM WAKTUMU SEKEJAB DISURGA SANA ?






Ya Tuhan… :’)
aku sangat rindu ayah :’)
Bolehkah aku pinjem waktu ayah di surga sana Sebentar ?
ayah :(
Temui aku malam ini, temua aku dalam mimpi walau hanya sebentar :( 
aku rindu ayah :(
aku rindu rasanya di peluk ayah :( 
andai bisa ku beli waktu di surga sana akan ku beli berapaun itu yah :( 
Apapun akan ku lakuan asalkan ayah mau menemuiku yah :( 
Sudah sangat lama kita tak saling sapa :’)
bertatap muka saja kita sudah tidak pernah yah :((
apa ayah sudah lupa denganku yah ? :( 
atau ayah sudah tidak mau berjumpa denganku yah ? :(



aku rindu ayah :( ayah aku mohon yah :( 
luangkan waktumu sekejab untuk menemui anakmu ini yah :( 
airmata ini sudah tak tanggup lagi menahannya yah :( 
Terkadang Rasa iri ada disaat melihat mereka yang masih bisa bergandeng tangan bercanda dan tertawa bersama ayahnya :(

Yang aku inginkan saat ini bukanlah bisa bergandeng Tangan tertawa dan bercanda seperti mereka yah :(
yang aku inginkan hanya ayah bisa datang dalam mimpiku malam ini yah :( aku sangat rindu ayah :(


“Tuhan sampaikan salam rinduku untuk ayah di surga :’)”

11 TANDA KITA EGO 😰😩














Tuesday, 14 February 2017

Menghadapi pemergian & kehilangan orang tersayang pergi selamanya


Menghadapi pemergian & kehilangan orang tersayang pergi selamanya


Semua orang akan diuji tuhan, semua orang akan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang tersayang. Yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari hari. Namun bila sampainya hari tuhan ambil dia semula. Kita akan rasa satu dentuman halilintar yang memecah gunung ganang. Sakit .  

Namun sebenarnya kenangan dengan mereka itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam jalur masa hidup kita nan indah dulu. 
Rasullullah saw juga di uji .Pernah kehilangan orang tersayang, dua orang dalam tempoh berdekatan . Namun dia redha dan mengetahui betapa besar nilai ganjaran mereka bersabar & betapa sayang ALLAH kepada beliau.

Kalau rindu sangat, apa kita kena buat ? Paling penting kita kena sedar , yang dia pergi menghadap tuhan DIA, tuhan kita juga. yang kita juga akan temui nanti . Lepas tu, kita kena sibuk-sibukkan diri , pastinya dia tak mahu kita bersedih dan menyalahkan takdir kan ? Jadi kita kena kuat . Jangan terlalu bersedih, kasihanilah roh dia, kesihatan kita juga penting untuk orang lain yang sayang kita di atas muka bumi ni, tau .


Apa pula kita buat bila kehilangan orang tersayang ?

Pertama :

Paling utama ialah kita perlu ingat dan percaya bahawa kematian adalah pasti untuk setiap insan. Sama ada cepat atau lambat, kematian pasti datang. Bila? Di mana? Bagaimana cara atau apa sebabnya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Fa innal mautal lazi tafirruna minhu fainnahu mulaqikum (Maka sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu pasti datang menemui mu). 

"kullu nafsin zaaiqatul maut.." setiap jiwa akan merasai mati.. 

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imraan, ayat 185 yang bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”



Kedua:

Kita boleh menangis kerana kehilangan tetapi jangan sampai kita tidak merelakan pemergiannya. Tidak merelakan bererti kita melawan takdir Ilahi, nauzubillah.

Orang yang bersabar menghadapi kematian adalah orang yang sentiasa berada di bawah perlindungan Allah. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud: “Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayahNya.” 

Ketiga:

Jangan fikirkan kesusahan yang bakal kita tempuhi di dalam hidup kerana kehilangannya sebaliknya fikirkan bagaimanakah caranya untuk kita meneruskan kehidupan setelah pemergiannya. Ingat! Allah dah janjikan rezeki yang tersendiri untuk setiap makhluknya yang hidup di muka bumi ini. Kita hanya perlu berusaha, ikhtiar dan tawakkal, insyaAllah ada rezeki yang datang kepada kita.

Keempat:

Tunaikan hasrat si mati. Jika kita mempunyai impian bersama untuk sesuatu, jangan jadikan kematian pasangan kita sebagai alasan untuk kita menguburkan impian tersebut. Sebaliknya kita perlu tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menunaikan impian dan hasrat aruah. InsyaAllah, rohnya akan turut gembira bila impiannya ditunaikan oleh kita.

Kelima:

Jangan kecewakan roh si mati. 
Yang penting, kehidupan selepas kematian itu ada, bermula di alam kubur seterusnya di akhirat setelah berlakunya kiamat. Tiada jaminan selamat daripada siksaan kubur melainkan si mati membawa bersamanya amal soleh.
“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kamu tangisi boleh berbicara, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kamu sekelian, niscaya kamu akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kamu sendiri”. (Imam Ghozali mengutip atsar Al-Hasan).
---

Akhir sekali, cakap memang mudah, nak buat sangatlah payah. tapi tak gerak , tak buat, macamana semua benda nak jadi lebih baik kan ? Jadi pandanglah kedepan dengan 1001 perasaan yang penuh keredhaan .Yang pergi sudah pun pergi . Kita yang hidup ni, tak tahu bila pula nanti .

                                 Penyembuhan dan pemergian
                                 Tips ubati rasa kecewa dan tekanan

BOLEH BACA JUGA : UJIAN INI CUMA SEBENTAR

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dari Abdullah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Siapa yang mengucapkan takziah kepada orang yang ditimpa musibah, maka dia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mendapat musibah.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

Doa untuk jenazah lelaki.

"Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihii wa'fu'anhu."
"Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia (rahmati) dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia". Amin Allahumma amin.

Doa untuk jenazah perempuan:

“Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afiha wa’fuanha.”
Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memberikan keselamatan (sejahtera) dan memaafkan kesalahannya. Amin Allahumma amin.


BACAAN PENUH:
DOA UNTUK ORANG YANG MENINGGAL DUNIA:



REDHA , REDHA, REDHA.
Semoga kuat , sahabat ! 


p/s:  Ujian ini adalah tanda ALLAH sayang kita, meningkatkan iman kita dan menghapuskan dosa -dosa kita . Insyaallah, kita boleh. Semoga kita semua kuat menghadapi hari hari muka :).

Juga boleh rujuk : amalan untuk si mati / cara bantu orang yang sudah meninggal dunia (mati) 

Othman Bin Koyamu, Seorang bapak yang ina sayang telah kembali ke rahmatullah pada 01 January 2017 yang lalu. Al-Fatihah.


Sunday, 12 February 2017

Thursday, 2 February 2017

TANDA-TANDA ALLAH SAYANG KITA ❤❤💕💖💓










Peringatan bersama

ORANG SOMBONG TIDAK AKAN MEMBACA INI
.
Kisah yang diceritakan oleh seorang Hamba ALLAH tentang mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan ,di dalam mimpi wali itu,  wali tu ternampak roh ahli-ahli kubur sedang kais-kais rumput seperti mencari sesuatu. 
.
Tetiba beliau terlihat ada seorang roh ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri . 
Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada roh orang tua tersebut.
.
Wali : 
Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput disitu.
.
Roh Org tua itu : 
Jikalau kau nak tahu jawapannya,
esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di pasar. 
Penjual daging itu ialah anak aku sendiri.
.
Wali tersebut pun beredar daripada situ dan terjaga dari mimpinya. 
Keesokan harinya. 
Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut. 
Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. 
.
Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca Al Qur'an. 
Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.
.
Wali: Assalammualaikum orang muda, 
saya ada beberapa soalan untuk orang muda.
.
Penjual daging: 
waalaikummussalam, ya boleh. Apakah soalannya itu?
.
Wali: 
Adakah kamu ada seorang ahli keluarga yang meninggal dunia yang mempunyai kubur di kampung ini?
.
Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku.
.
Wali: Aku terlihat Roh ayahmu dalam mimpi ku. 
Beliau tenang disana. 
Apa yg kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?
.
Penjual daging: 
Aku membaca Al-Qur'an dan aku berdoa kpd Allah. 
Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, 
aku sedekahkan nya kepada ayahku.
.
* Iktibar dari Kisah ini 
Kenapa Roh ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ? 
Jawapannya, 
mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz  "Ala kulli muslimin wal muslimat, 
wal mukminin wal mukminat". 
.
Manakala roh pakcik tua yg hanya duduk berehat tersebut kerana doa anaknya hanya khas untuknya.
.
Pesanan: 
Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita,  saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh. 
Doa seorang anak akan terus sampai kepada ibu bapanya,  terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah redha ibunya....
.
Jom laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.
Tujuh sunnah Nabi Muhammad SAW itu adalah:
.
Pertama:
Solat Tahajjud, 
kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada solat tahajjudnya. 
Pastinya doa akan mudah termakbul dan 
menjadikan kita semakin hampir dengan Allah SWT.
.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, 
alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 
Paling tidak jika sesibuk manapun kita, 
bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
.
Ketiga:
Hadirkan diri ke masjid terutama di waktu subuh. 
Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, 
bukan kerana panggilan muadzin 
tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman  untuk memakmurkan masjid Allah SWT .
.
Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 
Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. 
Allah menyukai orang yang suka bersedekah,  dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. 
Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana 
Allah SWT menyayangi hamba yang berwudhu. 
.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, 
“Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu dalam keadaan solat walaupun ia belum lagi solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, 
Malaikat berdoa untuknya iaitu
 "ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah SWT ”.
.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. 
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
.
Sebarkanlah ilmu ini, 
dan anda tidak akan rugi sedikitpun, 
sebarkan, semoga ianya memberi manfaat banyak orang.
.
YA ALLAH JAUHKANLAH KAMI SEMUA DARI SIKSA KUBUR, HARAMKANLAH NERAKA ATAS JASADKU, KEDUA ORANGTUAKU, DAN SEMUA ORANG YG MENGUCAP "AAMIIN" DIKOMENTAR..
.