Sunday, 5 June 2016

CARA SAMBUT RAMADAN...



CARA SAMBUT RAMADAN
Just sharing....
Dari ustazah Norhafizah di IKIM...

🌷 Bila Ramadhan tiba sambutlah dgn sujud syukur...tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita utk terus beribadah dibulan yg mulia ini...

🌷Bila bertemu dgn ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai @ sesiapa sahaja ucapkanlah "Ramadhan Kareem" dan org yg mendengar menjawab "Allahu Akram"...
Maksudnya "Ramadhan Mulia"dan jawapannya " Allah lebih Mulia"...

🌷Sambutlah Ramadhan ini dgn wajah yg berseri2 tanda kegembiraan yg tidak terhingga dan berazam utk mendekatkan diri kpd Allah dgn selalu berbicara dgn Allah walau dlm hati..
Contohnya...Ya Allah aku berpuasa ya Allah...terimalah puasaku ini...aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah...

🌷 Hiaslah rumah kita sebaik2nya dgn bersih dan cantik kerana terlalu byk rahmat yg Allah hendak berikan di bulan yg mulia ini..

🌷Moga Ramadhan ini lebih baik dr Ramadhan yg telah lalu...hiasilah diri dgn amalan dan taqwa...

💝Ramadhan Kareem utk sahabat semua💝

Maaf Zahir Batin😍😍😍

PANDUAN RINGKAS SOLAT TARAWIH DI RUMAH UTK WANITA

Assalamualaikum kekawan..
Malam ini insyaAllah bermula lah solat tarawih yg pertama.. bagi ibu yg mempunyai anak kecil boleh menunainya di rumah.. jangan lepaskan peluang..
















Selamat beramal kekawan semoga amalan kita diberkati Allah dan diberikan keampunan oleh Nya. Amin ya rabalalamin..

Wednesday, 18 May 2016

Cara Transfer Duit Melalui Maybank2u

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tutorial kali ini adalah berkenaan dengan bagaimana untuk transfer duit melalui Maybank2u ke Akaun Bank Maybank lain dan ke Bank lain. Saya akan tunjukkan bagaimana cara untuk melakukannya.

Perkara yang WAJIB anda lakukan adalah menghasilkan akaun Maybank2useperti yang saya kongsikan pada artikel lepas. Setelah anda selesai menghasilkan akaun maybank2u berserta TAC barulah anda boleh ikut tutorial ini.

Langkah 1:
Login Ke akaun Maybank2u anda

Login Ke akaun Maybank2u anda

Masukkan username Maybank2u anda kemudian klik next

Setelah itu anda perlu memasukkan password anda dan klik login.

Langkah 2:
Anda akan di bawa ke paparan halaman utama setelah berjaya login

halaman utama maybank2u

Perhatikan pada bahagian sebelah kanan iaitu Quick link, pilih Transfers kemudian klik GO

Langkah 3:
Pilih jenis transfer yang anda akan lakukan
Pilih jenis transfer

1 - New 3rd part account transfer

Klik pada pautan yang berlabel 1 sekiranya anda ingin melakukan transfer ke akaun Maybank yang lain

New 3rd part account transfer
Masukkan segala details yang diperlukan kemudian klik continue. Setelah itu anda perlu request tac dan masukkan TAC yang dihantar pada no tel anda.

2 - New Interbank fund transfer

Klik pada pautan yang berlabel 2 sekiranya anda ingin melakukan transfer ke akaun BANK yang lain

New Interbank fund transfer

Dalam tutorial ini saya menggunakan akaun CIMB sebagai demo. Pilih jenis BANK kemudian klik continue..

Anda perlu memahami mode transfer yang anda mahu lakukan
New Interbank fund transfer Mode IBG
Instant Interbank Fund Transfer - IBFT
Proses transfer akan berlaku secara terus tanpa perlu menunggu masa pemprosesan ke akaun lain. Transfer mode seperti ini dikenakan cas sebanyak RM2.12 termasuk GST.

Giro Interbank Fund Transfer - IBG
Proses transfer akan memerlukan sedikit masa untuk diproses barulah di kreditkan ke akuan yang anda masukkan. Transfer mode dikenakan cas sebanyak 11sen termasuk GST

Jadual penerimaan duit sekiranya transfer pada mode IBG
 Jadual penerimaan duit mode IBG

Masukkan maklumat yang diperlukan seperti nama penerima, no akaun, recipient reference. Setelah itu klik Continue

Langkah 4:
Request TAC maybank2u

Klik request a TAC number, kemudian anda akan menerima no TAC dari system maybank2u yang dihantar ke no tel anda yang berdaftar dengan Maybank2u. Masukkan No TAC tersebut kemudian klik Confirm.

Langkah 5: (Optional)
Transaksi anda telah berjaya di lakukan. Anda boleh print resit sebagai rujukan anda. Dengan adanya akaun banking online anda bebas melakukan pembelian/transfer online tanpa berbaris di mesin ATM.
Print resit sebagai rujukan

Demo tutorial ini adalah dalam mode IBT. Sekiranya anda menggunakan mode IBFT pada bahagian status anda akan lihat Successful manakala pada mode IBT status: Accepted (your transfer in process) menandakan transaksi berjaya anda lakukan.

Tuesday, 3 May 2016

WHEN BITTEN BY A SNAKE


Sekarang ni musim panas..ular pun kepanasan.. jadi dia pun keluar lah dari sarangnya mencari tempat yg sejukan.. Lepas tu banyak pulak yg keluar tu.. sampai-sampai berada di sekolah.. tengok berita hari itu.. ular sawa punya lah besar kan.. takut kan..
Jadi berhati-hatilah kita sekarang ni..
Diatas saya share kan dari WA dari group jiran tetangga saya hihi..
Semoga bermanfaat


JOM SOLAT SUNAT DHUHA

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :), semoga gambaran dibawah dapat membantu serba sedikit cara membuat solat sunat dhuha....










Sumber : Facebook



CARA NAK BUKA WHATSAPP WEB @ TUTORIAL WHATSAPP WEB..

Salam pagi yg ceria kekawan :)

Jom siapa nak ber whatsApp guna web.. mudah kekawan.. ikut step-step dibawa ni..







Sumber : FB