Wednesday, 10 August 2016

Bagaimana Melakukan Pendaftaran Haji Secara Percuma


Untuk pengetahuan, mempunyai akaun Tabung Haji bukan bermakna telah mendaftar untuk melakukan haji. Kena buat pendaftaran haji dulu supaya kita dimasukkan dalam senarai yang berdaftar dan diberikan tarikh peruntukan haji.
Kalau ikut laman web Tabung Haji, kena ada deposit sebanyak RM1,300 dulu baru boleh daftar untuk haji. Sebenarnya ada cara untuk tak perlu sediakan wang tunai sebanyak ni dulu. Cara yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan akaun 1 KWSP untuk mendaftar haji.
Syarat-syaratnya:
  1. Mempunyai akaun Tabung Haji. Akaun boleh dibukan dengan minima RM10 di cawangan Tabung Haji
  2. Mempunyai minimum RM1,300 dalam akaun 1 KWSP
Caranya senang je. Bawa terus penyata KWSP ke pejabat Tabung Haji dan bagitau je pada pegawai nak buat pendaftaran haji.
Dalam kes saya, masa nak buka akaun tu tak bawa pula penyata. Takde masalah sebab boleh buka online je sekarang. Jadi saya log in kat laman KWSP melalui phone, tunjuk kat pegawai Tabung Haji tu no. akaun dan jumlah yang ada dalam akaun 1 KWSP.
Pegawai tu terus key in maklumat no. akaun KWSP dan selesai. Saya akan mendapat peruntukan haji pada tahun 1500 Hijrah / 2077.
Untuk pengetahuan, wang RM1,300 tu takdelah ditolak daripada akaun 1 KWSP. Amaun ni sekadar untuk menunjukkan yang kita ada amaun minimum untuk mendaftar Haji. Kita juga boleh keluarkan wang KWSP sebanyak RM3,000 untuk tujuan menunaikan Haji.
Dulu saya ingatkan dia tarik simpanan KWSP akaun 1 masuk ke Tabung Haji. Macam tu lagi bagus sebab simpanan KWSP ni memang bukan patuh syariah, eloklah sangat ditransfer masuk ke dalam Tabung Haji.
Sepatutnya Tabung Haji lebih agresif mendaftarkan haji untuk mereka yang telah bekerja. Atau lagi senang, KWSP dan Tabung Haji bekerjasama supaya mereka yang dah ada amaun minimum RM1,300 tu boleh terus daftar Haji secara online. Tak perlu pergi ke cawangan dah.

Kenapa perlu mendaftar awal?

Supaya kita dapatkan giliran tu. Giliran haji ni berdasarkan first come, first served. Ada duit cukup pun masih lagi perlu ikut giliran. Lambat daftar, lambatlah dapat giliran walaupun duit dalam akaun cukup dan kita dah bersedia nak pergi.
Alhamdulillah selesai langkah pertama. Kalau diizinkan, nak pergi sebelum umur 40, around 35 ke. Insha Allah.

Mengapa KWSP Tidak AUTOMATIS Tukar Bagi MUSLIM...😊

Mengapa KWSP Tidak AUTOMATIS Tukar Bagi MUSLIM...😊


MENGAPA KWSP TIDAK AUTOMATIS TUKAR BAGI MUSLIM? (ULASAN PERIBADI SAYA - KEMASKINI)

Alhamdulillah selesai menukar ke Simpanan Syariah pagi tadi jam 7:30 pagi. JANGAN bimbang, saya yakin alokasi rm 100 bilion adalah mencukupi untuk peringkat awal, jika ada permintaan lebih, sudah ada peruntukan yang menanti. Setiap hari dijangka RM 3- 5 bilion simpanan pencarum akan berubah ke simpanan syariah.

Justeru tidak perlu terlalu tergesa-gesa pada hari ini kerana masih besar alokasi simpanan Syariah.

Mengapa tidak auto tukar untuk orang Islam?

TIDAK boleh auto kerana keperluan legal utk pastikan benar-benar identiti pencarum menukar sukarela. Jika tidak, bakal bercanggah dengan peruntukan perlembagaan yang tidak benarkan keputusan secara tidak pilihan sendiri dalam hal melibatkan agama. Kita tidak mahu wujudnya pertikaian kemudian hari dan sudut perlembagaan dan undang-undang. Tambahan pula simpanan syariah TIADA jaminan minima bagi dividen dan iulan itulah ciri pelaburan untuk patuh Shariah.

Kesimpulan, kenapa ahli beragama Islam tidak auto Simpanan Shariah?

1. Terdapat risiko perundangan sekiranya penentuan jenis akaun ahli dibuat berdasarkan agama dan ianya dilihat sebagai bertentangan  dengan Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan "...tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang.." . Jika kalian tidak setuju jawpaan ini, maka silakan baca jawapan seterusnya.

2. Perubahan ke Simpanan Syariah memerlukan akad Wakalah melalui ijab dan qabul secara jelas bertulis. Buat masa ini KWSP tiada kaedah yang lebih efektif dan berkesan selain secara fizikal di kaunter kerana untuk diuruskan secara patuh Syariah, ia memerlukan terma khusus dan mandat jelas kepada KWSP utk mengurus dan melaburkan secara patuh Syariah. Hal seperti ini TIDAK BOLEH secara automatik tanpa disedari pihak pencarum.

3. Kerana pihak KWSP TIDAK punyai data status agama yang lengkap bagi semua ahli pencarumnya, ini kerana dahulunya, pendaftaran tidak mewajibkan status agama ahli dinyatakan. Hanya status bangsa yang ada, bangsa semata-mata tidak mampu secara jelas menentukan agama seseorang. Dalam bahasa mudah , kwsp tidak tahu anda beragama apa, tidak ada dalam data mereka, so bagaimana boleh ubah secara automatik?

4. Saiz permulaan dana Simpanan Shariah yang perlu diuruskan oleh KWSP akan menjadi lebih besar dan ini akan menyukarkan perancangan pelaburan KWSP yang perlu memastikan pertumbuhan yang mendadak ke atas pelaburan aset patuh syariah bagi setiap kelas aset, selari dengan pertambahan simpanan ahli Simpanan Shariah.

5. Simpanan Syariah ada ciri-ciri yang penting dan sangat berbeza dari konvensional seperti tiada jaminan MINIMA dividen pada kadar 2.5 % seperti konvensional dan pulangan juga adalah berasaskan prestasi sebenar dan sebarang jaminan dividen boleh menjatuhkannya ke dalam elemen riba. Justeru, jika diubah secara automatis, dibimbangi apabila berlakunya perbezaan dividen di antara Syariah dan Konvensional, mereka yang ditukar secara automatik akan membantah dan mempertikai apabila dividen Halal lebih rendah. Perlu diingat, dividen kedua-duanya kini boleh berbeza, lebih rendah atau lebih tinggi.

Jika kalian mampu membaca sehingga di sini, saya ucapkan tahniah kerana menjadi masyarakat yang tidak malas membaca dan mendapatkan fakta sebenar sebelum mengomen.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Sumber : Facebook



Update pada 10.25am

Saya sampai di KWSP Klang pada pukul 7.50am. (selepas hantar anak ke sekolah terus ke mari, pergi bersama dengan en suami, smlm tak dapat pergi sebab en suami outstation ke Ipoh) tengok dah ada 30 orang yg beratur dipintu masuk KWSP.. KWSP buka pada pukul 8.15am..
Saya dapat Nombor giliran pada pukul 8.23am. Nombor giliran saya8602 nombor terkini 8554.. tapi kaunter buka banyak.. 13 kaunter , dalam 15 minit nombor saya , nombor en suami 8601, jadi nombor dia panggil dulu, elok pulak saya sebelah kaunter dengan en suami, sebab dia tak tahu nombor poskod rumah hahhaha.. nasib baik sebelah kan.. Urusannya dalam 10 minit ajer gitu..

Inilah sijil akad kita kena buat, jadi tak boleh lah nak buat secara auto kan.. kena ada cop jari pastu baca jer akad tu disitu selesai lah.. Saya pun tak banyak tanya.. sian orang yg menunggu gilirankan.. pukul 9.00am selesai semua urusan. Terus balik ke opis.. minta waive 2 jam jer hehehe..

Jom kekewan kita Jihad .. Tukar simpanan syariah..