Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tutorial kali ini adalah berkenaan dengan bagaimana untuk transfer duit melalui Maybank2u ke Akaun Bank Maybank lain dan ke Bank lain. Saya akan tunjukkan bagaimana cara untuk melakukannya.
Perkara yang WAJIB anda lakukan adalah menghasilkan akaun Maybank2useperti yang saya kongsikan pada artikel lepas. Setelah anda selesai menghasilkan akaun maybank2u berserta TAC barulah anda boleh ikut tutorial ini.
Langkah 1:
Login Ke akaun Maybank2u anda
Masukkan username Maybank2u anda kemudian klik next
Setelah itu anda perlu memasukkan password anda dan klik login.
Langkah 2:
Anda akan di bawa ke paparan halaman utama setelah berjaya login
Perhatikan pada bahagian sebelah kanan iaitu Quick link, pilih Transfers kemudian klik GO
Langkah 3:
Pilih jenis transfer yang anda akan lakukan
1 - New 3rd part account transfer
Klik pada pautan yang berlabel 1 sekiranya anda ingin melakukan transfer ke akaun Maybank yang lainMasukkan segala details yang diperlukan kemudian klik continue. Setelah itu anda perlu request tac dan masukkan TAC yang dihantar pada no tel anda.
2 - New Interbank fund transfer
Klik pada pautan yang berlabel 2 sekiranya anda ingin melakukan transfer ke akaun BANK yang lainDalam tutorial ini saya menggunakan akaun CIMB sebagai demo. Pilih jenis BANK kemudian klik continue..
Anda perlu memahami mode transfer yang anda mahu lakukan
Instant Interbank Fund Transfer - IBFT
Proses transfer akan berlaku secara terus tanpa perlu menunggu masa pemprosesan ke akaun lain. Transfer mode seperti ini dikenakan cas sebanyak RM2.12 termasuk GST.
Giro Interbank Fund Transfer - IBG
Proses transfer akan memerlukan sedikit masa untuk diproses barulah di kreditkan ke akuan yang anda masukkan. Transfer mode dikenakan cas sebanyak 11sen termasuk GST
Jadual penerimaan duit sekiranya transfer pada mode IBG
Masukkan maklumat yang diperlukan seperti nama penerima, no akaun, recipient reference. Setelah itu klik Continue
Langkah 4:
Klik request a TAC number, kemudian anda akan menerima no TAC dari system maybank2u yang dihantar ke no tel anda yang berdaftar dengan Maybank2u. Masukkan No TAC tersebut kemudian klik Confirm.
Langkah 5: (Optional)
Transaksi anda telah berjaya di lakukan. Anda boleh print resit sebagai rujukan anda. Dengan adanya akaun banking online anda bebas melakukan pembelian/transfer online tanpa berbaris di mesin ATM.
Demo tutorial ini adalah dalam mode IBT. Sekiranya anda menggunakan mode IBFT pada bahagian status anda akan lihat Successful manakala pada mode IBT status: Accepted (your transfer in process) menandakan transaksi berjaya anda lakukan.